Saturday, September 22, 2007

terasa ingin ku bersamamu

ini poem yang aku tulis masa aku jatuh hati kat seseorang...cantik, manis, baik dan perfect tapi dia tak pernah tau yang aku ada perasaan kat dia...baru nak cakap, nak bagi hint, dia tak dapat terima...ini untuk nya...

terasa kosong
sebelum kau hadir

terasa gembira
bila kau ku kenali

terasa risau
semenjak perasaan ini menjelma

terasa takut
tika meluahkan rasa

terasa gundah
bila kau tak memahami

terasa berputar
bila ditolak ketepi

bukan ku tak cuba lagi
kerana itu pilihanku
antara persahabatan dan cinta
ku pilih persahabatan
lalu ku biarkan cinta itu berlalu

No comments: